Apakah yg dikatakan 'BURUNG BESAR PENDUDUK LAMBOR'? rakan2 taulan yg berotak kaler jingga kebiru-biru payau jgn sesekali membayangkan sesuatu yg fana berkaitan burung penduduk lambor ok....xbaik bulan pose ni
BURUNG BESAR PENDUDUK LAMBOR atau name komersialnyer BIG BIRD LAMBORIAN adalah produk kesihatan tempatan yg dihasilkan di Bandar Seri Iskandar (mungkin dimonopoli penduduk Lambor pada asalnya).
Kegunaan:
Panau, kurap, gatal-gatal serta tumit merekah.
Kegunaan:
Lebih sesuai untuk tujuan mengurut.
Dikatakan boleh menambah stamina kaum lelaki.
Tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Disertakan juga testimoni dari mereka yg telah mencuba untuk menambah keyakinan bakal2 pembeli:
Pengakuan 1
Saya janda beranak enam yang berusia dalam lingkungan 30-an. Selama dua tiga hari saya berasa tidak selesa kerana berasa gatal-gatal di celah kangkang, lebih tepat, di kedua-dua belah bibir vagina.
Tidur malam pun berasa tidak selesa kerana rasa gatal. Saya menyapu minyak angin ostrich Big Bird's Lamborian. Alhamdulillah, pada malam itu saya dapat tidur lena.
- Kerani Bank, Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
Pengakuan 2
Pipi sebelah kiri saya naik jerawat batu. Tanda putih nanah kelihatan sedikit membonjol. Manakala 2 biji lagi sedang tumbuh juga di dahi sebelah kiri.
Bila saya menyentuh dua biji jerawat batu di dahi sebelah kiri ini, saya berasa amat sengal. Dari pengalaman saya, jerawat batu di pipi kanan itu pasti akan membesar dan bila pecah, sudah pasti meninggalkan parut hitam. Begitu juga dengan 2 biji jerawat batu yang sudang tumbuh di dahi saya itu, pasti ia akan membesar dan bernanah. Tetapi kesan bernanah belum kelihatan pada jerawat di dahi saya itu.
Saya menyapu Minyak Serbaguna Big Bird's Lamborian dua tiga kali sehari apabila saya berkesempatan sama ada ketika menonton TV, membaca akhbar, ketika berbual-bual dengan isteri atau ketika bermain dengan anak-anak. Alhamdulillah, jerawat batu di pipi yang sedang bernanah itu tak membesar dan tak jadi bernanah. Sakitnya beransur hilang selepas tiga empat hari. Manakala dua biji lagi jerawat batu di dahi itu tak jadi bernanah dan tak membesar pun. Malah, dalam dua tiga hari selepas menyapu Minyak serbaguna Big Bird's Lamborian, dua biji jerawat ini hilang dan tak sakit lagi apabila saya menyentuhnya.
- Kakitangan kerajaan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Untuk info. tambahan, layari BIG BIRD LAMBORIAN . Anda juga boleh membeli secara direct atau pukal di kedai BIG BIRD LAMBORIAN berdekatan dengan pasaraya SAKAN, SERI Iskandar (dekat2 area uitm tu)
2 comments:
Kawan2 saya ckp saya ada jerawat batu sebesar 'bas express sri maju'..saya amat malu utk berhadapan dengan masyarakat dah kwn2 saya..tolong la abang2 blogger Sobrono Bersekutu...Hidup saya penuh seksa!!!
aaa...
aku pon pakai big bird kepunyaan rumet kalo sengal2 kaki lepas men stepmania..
agak berkesan la...
stepmania dan big bird memang serasi~
Post a Comment